Gempa kuat 6.6 magnitud gegar Panama

NEW YORK: Gempa bumi kuta 6.6 magnitud melanda pesisir pantai Pasifik Panama awal hari ini.

Badan Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, setakat ini belum ada laporan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan mengenai kerosakan yang berlaku.

Gempa berlaku di 72 kilometer (km) di pesisir pantai Boca Chica di Wilayah Chiriqui dan gegaran turut dirasai di ibu negara Costa Rica, San Jose.



Ketika berlangsung perlawanan bola sepak tempatan di Panama, seorang pemain rebah di padang akibat gegaran, demikian dilaporkan stesen televisyen tempatan.

Perlawanan terbabit terpaksa dihentukan kerana gegaran kuat manakala lampu stadium terjejejas.

REUTERS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading