Pemuda Maut Motosikal Rempuh Lori Belok Kawasan Tidak Dibenarkan

Seorang pemuda disahkan maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam malam tadi (Rabu).

Kosmo melaporkan, mangsa yang berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 10.40 malam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, menerusi siasatan awal yang dibuat, kemalangan itu terjadi apabila lori dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Puncak Alam sedang berhenti untuk membelok masuk ke simpang kanan bagi menuju ke stesen minyak.



Difahamkan, lokasi tersebut merupakan kawasan larangan untuk membelok kerana garisan berkembar.

Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Shah Alam tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi lori yang sedang membelok masuk ke simpang itu.

Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber: Kosmo


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading