Penerbangan tambahan sempena Hari Raya

SEPANG: Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan jumlah pertambahan penerbangan, termasuk ke Sabah dan Sarawak sempena Aidilfitri, tidak lama lagi.

Menterinya, Anthony Loke, berkata harga tetap untuk penerbangan seperti diumumkan sebelum ini, turut dilaksanakan bersama penambahan penerbangan itu.

Beliau berkata, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) juga sudah membentangkan penambahan penerbangan itu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.



“MAVCOM sudah melaporkan kepada kementerian dalam mesyuarat pasca-Kabinet semalam. Banyak penerbangan tambahan telah diluluskan.

“Malaysia Airlines juga akan menggunakan pesawat ‘wide body’ (pesawat lebih besar) untuk penerbangan balik ke Sabah dan Sarawak. Jadi, kapasiti penerbangan akan bertambah. Kapasiti tempat duduk akan bertambah.

“Apabila kapasiti bertambah, sudah tentu harga purata itu akan menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Tenaga Diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di sini hari ini.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button