‘Songlap’ duit derma guna kod QR palsu

Jakarta: Lelaki yang melakukan penipuan dengan menampal kod QR palsu di kotak sumbangan masjid akhirnya ditahan polis pada Selasa.

Ia susulan tersebarnya rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan dirinya menampal stiker kod QR di kotak amal Masjid Nurul Iman di Blok M Square, Jakarta Selatan.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata, lelaki itu ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari Metro Jaya dan Jakarta Selatan.



“Suspek ditangkap di Kebayoran Lama,” katanya.

Soal siasat mendapati lelaki itu melakukan jenayah berkenaan seorang diri.

Menurut pihak berkuasa, lelaki itu mengaku mencetak stiker berkenaan sejak Mac lalu.

Namun, lelaki itu baru mengakui baru melekatkan kod QR itu pada kotak sumbangan masjid dan beberapa tempat awam sejak 1 April lalu.



Difahamkan, lelaki itu sudah menampal stiker kod QR palsu di 38 lokasi berbeza, termasuk masjid, surau, stesen minyak, mesin ATM.

Ada antara lokasi itu terletak di lapangan terbang.

Difahamkan, pada kod QR itu, tertera Restorasi Masjid.

Hasil aktiviti haram itu, dia memperoleh kira-kira 13 juta rupiah (kira-kira RM3,870) dalam masa seminggu.



Dalam pada itu, siasatan pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa lelaki itu adalah bekas pegawai bank.

Terdahulu, tular rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang melekatkan kod QR pada kotak sumbangan sebuah masjid.

Berdasarkan rakaman itu, polis melakukan siasatan dan mendapati kejadian berlaku di beberapa masjid di Jakarta Selatan.

Akibatnya, orang ramai yang mahu menderma memindahkan wang ke dalam akaun tanpa menyedari wang itu dipindahkan ke akaun suspek.



Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading