Buang tatoo secara percuma di Jakarta

Jakarta: Seramai 85 orang penduduk mengikuti program membuang tatoo secara percuma di di Masjid Darul Jannah Jakarta Selatan.

Program berkenaan dianjurkan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) pada Khamis.

Sukarelawan, Rahmat, berkata program itu hanya berlangsung satu hari.



Ia sudah pun diadakan di beberapa wilayah lainnya di Jakarta.

“Kuotanya hari ini 100 orang, tapi kira-kira 85 yang hadir. Kita bermula dari pagi hingga petang,” katanya kepada media.

Rahmat berkata, peserta boleh mendaftar untuk membuang tatoo secara percuma secara online.



Mereka perlu menjalani pemeriksaan darah dan kesihatan terlebih dulu.

“Pemeriksaan diadakan bagi memastikan mereka sihat tubuh badan. Ada doktor akan periksa dari sudut perubatan jugaa.

“Selain itu, ada yang dibius untuk mengurangkan rasa sakit ketika proses laser dilakukan.

“Proses ini mengambil masa antara tiga hingga lima minit. Ada juga yang menjangkau sehingga 15 minit bergantung kepada keadaan,” katanya.



Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading