Gadis OKU jadi sasaran nafsu liar pengawal keselamatan

NILAI: Seorang remaja perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU) menempuh detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu liar seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dicabul pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri tempat tinggalnya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata mangsa dikatakan dicabul ketika diiringi suspek ke kediaman yang didiami bersama saudaranya dari lif pangsapuri terbabit.



“Pada jam 6.23 petang semalam, kaunter pertanyaan Balai Polis Nilai terima aduan daripada seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa dicabul seorang pengawal keselamatan sebuah pangsapuri yang terletak di Nilai.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4 petang semalam. Mangsa yang ketika itu sedang berbual dengan rakan mangsa di hadapan lif, didatangi seorang lelaki iaitu pengawal keselamatan di pangsapuri itu.

“Pengawal keselamatan berkenaan menyuruh rakan mangsa pulang ke rumah sebelum lelaki terbabit dikatakan menghantar mangsa pulang ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek memegang beberapa bahagian tubuh badan mangsa serta meminta mangsa untuk mencium pipinya.



“Mangsa yang ketakutan kemudiannya berlari pulang ke rumah. Mangsa bersama keluarga datang ke Balai Polis Nilai untuk membuat laporan polis,” katanya.

Abdul Malik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Ahmad Kamil Rusli bagi membantu siasatan,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading