Gempa bumi lemah di Beluran

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah di laut pada magnitud 3.5 dilaporkan di Beluran, dekat sini pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gegaran direkodkan pada jam 9.07 pagi dengan pusat gempa bumi itu terletak 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur, 365 kilometer (km) dari Tarakan, Indonesia.

“Kejadian berlaku pada kedalaman 10 km dan 365 km utara dari Tarakan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia dalam kenyataan, hari ini.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machael ketika dihubungi, berkata tiada bangunan di kawasan itu yang terjejas atau rosak susulan gempa bumi berkenaan.

“Setakat ini, bomba tidak menerima panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi berkenaan. Hasil pemantauan juga mendapati tiada sebarang kerosakan pada struktur bangunan dan premis di daerah ini,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading