Wanita disyaki dirogol ditemukan trauma di tepi jalan

IPOH: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan trauma dan cedera di sekitar Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian membuat laporan polis.

Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Senam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.



“Hasil siasatan awal, mangsa seorang wanita warga tempatan dikatakan dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki suspek warga tempatan yang tidak dikenali.

“Mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian selepas dirogol dan mengalami kecederaan pada kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Yahaya berkata, polis menahan lelaki tempatan berumur 43 tahun itu di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

Hasil semakan polis, beliau berkata suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah methamphetamine.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan pihak polis mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula 9 hingga 25 April untuk siasatan lanjut,” katanya.

BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading