View Chin kemuka bukti dapat hak penjagaan anak

“Ramai yang bertanya mengenai surat cerai saya. Di sini telah ditulis bahawa hak penjagaan terhadap ketiga-tiga anak telah diberikan kepada saya.
Saya tidak pernah menghalang dia untuk berjumpa dengan anak-anak. Malah sebelum bercerai pun, kami telah mencapai kata sepakat.
Tetapi sekarang sudah enam hari anak-anak tiada bersama dengan saya. Saya tidak bersuara sebab saya tak suka hal peribadi dicanangkan di media sosial. Biar pihak mahkamah yang mengambil tindakan terhadap permasalahan ini.
Saya tidak akan tinggalkan team saya sebab mereka perlukan saya untuk bangkit. Saya berjanji akan terus bangun untuk penyokong, pelanggan, pasukan dan syarikat saya.
Masalah yang timbul telah memberi impak negatif kepada kebanyakan orang. Saya akan membalas budi kepada mereka yang telah memberi nasihat dan berada di sisi saya sepanjang tempoh dugaan ini.
Terima kasih kepada mereka yang berada di sisi semasa saya jatuh terduduk. Saya akan membalas jasa anda semua tak lama lagi. View Chin tidak akan jatuh selamanya,” tulisnya.
Sumber: IG View Chin


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading