Sufian Suhaimi curi tumpuan tampil sedondon dengan teman wanita

KUALA LUMPUR: Penyanyi Sufian Suhaimi mencuri tumpuan apabila tampil berpakaian sedondon warna merah bersama teman wanita ketika menghadiri majlis pernikahan rakan baiknya, Aiman Tino dan isterinya, Che Syarah Haifa Che Isa.

Meskipun banyak mata memerhati dan kehadiran mereka mendapat perhatian media yang membuat liputan acara itu, pasangan ini tidak kekok dan tetap kelihatan mesra sepanjang majlis berlangsung.

Tidak menafikan itulah teman wanita seperti yang pernah diceritakannya, Sufian, 31, bagaimanapun masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti temannya itu dan hanya akan melakukannya apabila tiba waktu yang sesuai.



“Ya, dialah teman wanita yang pernah saya beritahu sebelum ini. Saya memang tak berahsia, cuma tidaklah nak bercerita kepada semua orang.

“Kalau keluar tiada nak sorok-sorok dan buat macam biasa sahaja. Tak payahlah beritahu nama si dia, saya hanya panggil sayang (ketawa).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Netizen Terhibur Aaisyah Tersengih Lihat Perangai Lucu Che Ta Minta Ciuman Daripada Zain Saidin




“Bukan serik dengan apa yang pernah berlaku, tetapi saya hanya bersedia memperkenalkannya bila kami sudah bernikah nanti,” katanya kepada BH Online.

Diusik dengan pertanyaan adakah kehadirannya untuk mengambil berkat dan menandakan gilirannya untuk membina masjid sudah semakin hampir, penyanyi lagu Di Matamu ini menafikannya.

“Sebab utama saya kerana saya dan Aiman sudah lama kenal sejak 2016 lagi. Kami memang rapat.

“Kami masuk industri hiburan bersama. Ada banyak pengalaman pahit manis ditempuhi dan banyak cerita yang kami kongsi bersama



“Kehadiran saya kerana mahu berkongsi hari bersejarah dalam hidup Aiman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali lafaz Aiman Tino dan Syarah kini suami isteri


“Lagipun, hubungan kami sudah seperti adik-beradik. Saya sangat gembira untuk Aiman,” ungkapnya.



Mengulas sejauh manakah hubungannya dengan gadis berusia 23 tahun itu, Sufian mengakui, mereka ada berbincang soal masa depan, namun tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya tiada sasaran tertentu bila mahu menamatkan zaman bujang, tetapi saya sudah bersedia bila-bila masa sahaja, insya-Allah.

“Kami ada juga berbincang arah tuju hubungan. Kalau boleh biarlah perkenalan ada tujuannya.

“Bila berkenalan dan bercinta tujuannya untuk mendirikan rumah tangga. Cuma, tidak adalah perancangan bila atau sedang menghitung waktu,” jelas Sufian.



Bulan lalu, Sufian mendedahkan sedang berkawan rapat dengan seorang gadis yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi tempatan.

Bagaimanapun, Sufian enggan terlalu bercerita soal peribadi kerana mahu kerjaya seninya lebih diberi perhatian.

BHOnline


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu Pengampunan: Rakyat Mesti Bertenang




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading