Sekali lafaz Aiman Tino dan Syarah kini suami isteri

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz penyanyi Aiman Tino selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, di The Astana, Bamboo Hills, Segambut, di sini, kira-kira jam 5.41 petang ini.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai , Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafiz dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 25, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM5,000 berserta seutas gelang emas, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.



Kedua-dua pihak juga tidak membawa sebarang dulang hantaran sebagai hadiah perkahwinan.

Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di sebuah premis acara pada 6 Mei depan.

Pada awal Februari lalu, Aiman mendedahkan mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada pertengahan tahun ini.

Aiman turut berkongsi maklumat berkenaan acara merisik yang hanya membabitkan kehadiran ahli keluarga pada Januari lalu.



Menyingkap bibit pertemuan Aiman dan Che Syarah, mereka diperkenalkan seorang rakan pada 2019, sebelum sepakat menjadi rakan bisnes dan pasangan kekasih.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button