Bekalan gula paket 1kg terjejas di Kelantan, Terengganu

SEPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan berlaku gangguan bekalan gula paket satu kilogram (KG) di Kelantan dan Terengganu susulan penutupan sementara kilang gula MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang kerana sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kedua-dua kilang MSM berkenaan sudah beroperasi semula pada 25 April lalu.

“Gangguan bekalan gula hanya berlaku di Kelantan dan sedikit di Terengganu manakala di negeri-negeri lain isu ini tidak berlaku dan bekalan mencukupi.



“Bekalan gula sudah diperoleh secara berperingkat melalui pemborong-pemborong utama negeri terbabit.

“Hari ini KPDN Kelantan sudah mengambil langkah untuk mengedarkan bekalan gula paket satu kilogram sebanyak 250,000kg yang ada dalam simpanan pemborong utama di Kelantan kepada pemborong dan peruncit yang terjejas,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Terdapat lapan pemborong utama gula di Kelantan yang mana mulai Sabtu lalu hingga semalam, empat pemborong utama sudah menerima 140.72 metrik tan gula daripada MSM.

Bekalan baharu yang diterima ini akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan oleh KPDN Kelantan.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button