Tragedi Jatuh Lif, Keluarga Dedah Terima Wang Dari Pihak Lapangan Terbang

Tular di media sosial beberapa hari yang lalu mengenai satu tragedi melibatkan seorang wanita bernama Asiah Shinta Dewi Hasibuan yang maut selepas dipercayai terjatuh ke ruangan bawah aci lif di Lapangan Terbang Kualanamu yang terletak di Indonesia.

Abang kepada mangsa, Raja Hasibuan, mendedahkan bahawa keluarga mereka yang menerima wang berjumlah
Rp 5 Juta susulan kejadian itu oleh pihak lapangan terbang terbabit.

Memetik laporan portal Kompas, Raja mengesahkan bahawa ketika pihak Lapangan Terbang Kualanamu memberikan wang tersebut, mereka tiada di rumah kerana sedang uruskan proses pengurusan mayat adiknya, Asiah.



Tapi pada ketika mereka memberikan wang itu, kami tiada di rumah kerana kami di hospital bagi menguruskan proses autopsi Asiah.

Dalam pada itu, peguam terkenal Indonesia, Hotman Paris yang menjadi peguam bela kepada keluarga si mangsa menjelaskan bahawa wang sejumlah  Rp 5 Juta itu bukanlah wang pampasan di atas kejadian yang berlaku tetapi ia lebih kepada tanda hormat kepada pihak Lapangan Terbang Kualanamu terhadap keluarga si mangsa.

Wang tersebut (RM1,500) bukanlah sebagai tanda ganti rugi mereka ke atas keluarga mangsa tetapi ia lebih kepada tanda meratapi atas kejadian yang berlaku ketika hadir ke rumah keluarga si mangsa.



Terdahulu, Asiah dilaporkan tidak pulang beberapa hari ke rumah mereka selepas menghantar anak saudaranya ke Lapangan Terbang Kualanamu.

Bimbang dengan keadaan itu, keluarga Aisiah meminta kakitangan lapangan terbang untuk mencarinya selepas mereka terputus hubungan dan tidak menemuinya di terminal.

Asiah kemudiannya ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke ruangan bawah aci lif lapangan terbang tersebut.

Sumber: Kompas.com



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button