Hafizh Syahrin sertai JDT Racing Team

Hafizh Syahrin sertai JDT Racing Team

Hafizh Syahrin sertai JDT Racing Team
TUNKU ISMAIL bersama Hafizh Syahrin memegang helmet sebagai tanda menyertai keluarga besar Johor dengan menyertai pasukan JDT Racing Team dan bersaing pada ARRC musim depan.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah teruja bila mendapat tawaran untuk menyertai keluarga besar Johor Bahru selepas ditawarkan untuk menyertai pasukan JDT Racing Team yang akan membuat penampilan pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tahun depan.

Hafizh yang terkenal dengan gelaran Pescao ketika ini beraksi dalam perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) berkata, dia enggan melepaskan peluang tersebut dan berazam untuk menaikkan nama pasukan JDT di persada antarabangsa.

“Saya amat bersyukur, teruja dan berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana memberi peluang kepada saya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.



“JDT telah terbukti, apabila membuat sesuatu mesti bersungguh-sungguh dan profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber yang disediakan adalah sangat baik.

“Saya harap saya dapat menunjukkan kebolehan saya yang sebenar dalam memastikan JDT Racing Team berjaya sebagai pasukan yang boleh menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




“Jika mana-mana atlet diberi peluang dan berkhidmat untuk JDT, sudah pasti tidak akan lepaskan peluang ini. Oleh itu, saya amat menantikan kerjasama bersama JDT Racing Team pada tahun 2024 dalam ARRC,” kata Hafizh.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan apabila mengesahkan perancangan untuk memperluaskan lagi jenama JDT apabila bakal menceburi arena sukan permotoran pada tahun depan.

Lebih mengejutkan, JDT juga memasang hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam sukan permotoran dan meletakkan sasaran berlumba di Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) selepas ini.

Hafizh Syahrin boleh dianggap sebagai salah seorang pelumba berpengalaman apabila beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) edisi 2018 dan 2019.



Kini, Hafizh Syahrin telah bersaing dalam kejohanan WSBK bersama pasukan MIE Racing Honda Team sejak tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Hafizh Syahrin sertai JDT Racing Team


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button