Pestabola Merdeka: TMJ bakal rasmi padang baharu SNBJ

Pestabola Merdeka: TMJ bakal rasmi padang baharu SNBJ

Pestabola Merdeka: TMJ bakal rasmi padang baharu SNBJ
Tunku Ismail telah menaja padang Zeon Zoysia untuk SNBJ sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia. – Foto ihsan Johor Southern Tigers

PETALING JAYA – Padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal dirasmikan pada Khamis ini oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempena Pestabola Merdeka 2023.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac mengakui proses naik taraf sudah selesai sepenuhnya dan harap dapat memberi keselesaan buat peminat sukan tanah air.

Kata Hans, gelanggang keramat Harimau Malaya itu bukan sahaja menggunakan rumput baharu, malah proses naik taraf turut dilakukan di bahagian lain termasuk tempat solat dan tandas.



“Saya tak boleh maklum banyak sangat sebab pelancarannya pada Khamis ini yang mana pelancaran akan dilakukan TMJ kerana ini adalah inisiatif baginda.

“Bagi saya kita harus tunggu untuk pelancaran itu sebab tanggungjawab PSM adalah mengenai persiapan.

“Kami teruja untuk pasukan Malaysia berdepan India, Jumaat ini. Tetapi pasukan Harimau Malaya akan diberikan satu sesi lebih awal untuk mencuba padang baharu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’ di Petaling Jaya hari ini.

Pasukan Harimau Malaya juga akan menjadi pasukan pertama merasmikan padang baharu dengan skuad kendalian Kim Pan Gon bakal berdepan India, Jumaat ini bagi aksi pertama Pestabola Merdeka 2023. – KOSMO! ONLINE



Pestabola Merdeka: TMJ bakal rasmi padang baharu SNBJ


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading