Sabar tunggu laporan DNA – Polis

Oleh – Syeikh Baran


Rangka dijumpai dalam rumah terbengkalai

Polis meminta semua pihak bersabar menunggu hasil laporan padanan Asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia terhadap sampel patologi rangka manusia yang ditemukan di sebuah rumah terbiar di Tongkang Pecah oleh Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan berkenaan pada kebiasaannya akan mengambil sedikit masa sebelum dapat disediakan.

Justeru, semua pihak perlu bersabar dan memberi ruang secukupnya kepada pihak polis menjalankan siasatan terhadap penemuan rangka manusia itu.



“Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, masa diperlukan antara dua minggu atau sebulan sebelum boleh mendapat keputusan daripada ujian DNA itu. 

“Bagaimanapun, pihak polis akan cuba menyegerakan keputusan dan ia akan dimaklumkan kepada semua pihak selepas memperolehinya nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas keresahan orang ramai berkaitan keputusan ujian DNA berkaitan rangka manusia tidak sempurna yang ditemukan dalam sebuah rumah terbengkalai pada pukul 2 petang, hari Jumaat lalu. 

Penemuan rangka itu dikaitkan dengan kehilangan seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah yang lebih dikenali sebagai Bella sejak 14 Disember lalu.



Bella dilaporkan hilang selepas keluar dengan teman lelakinya pada pukul 11.50 malam pada 14 Disember lalu untuk ke kedai dobi layan diri.

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker