Gelaran Tun Pada Mahathir Wajar Di Tarik Sekiranya Berterusan Menghina Institusi Raja Raja Melayu

Gelaran Tun Pada Mahathir Wajar Di Tarik Sekiranya Berterusan Menghina Institusi Raja Raja Melayu

Sekiranya Dr Mahathir berterusan menghina institusi Raja Raja Melayu, kerajaan wajar pertimbangkan untuk mencadangkan kepada YDP Agong supaya menarik balik gelaran Tun dari beliau.

Sebelum ini tular sebuah video Dr Mahathir secara terbuka menghina institusi Raja Raja Melayu.



Malah beliau dengan angkuh berkata beliau tidak menghormati institusi Raja Raja Melayu.

Beliau juga cuba menghasut orang Melayu supaya tidak bergantung harap kepada Raja Raja Melayu.

Ekoran dari itu, sepasukan D5 (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman telah merakam percakapan Dr Mahathir berkenaan isu tersebut.

Namun amat memeranjatkan, apabila kenyataan terkini Dr Mahathir masih lagi memperlihatkan keangkuhan beliau.



Gelaran Tun Pada Mahathir Wajar Di Tarik Sekiranya Berterusan Menghina Institusi Raja Raja Melayu

Beliau masih lagi mempertahankan kenyataan penghinaan beliau ke atas institusi Raja Raja Melayu.

Malah Dr Mahathir secara sinis mengatakan semua orang tahu ada Raja Melayu yang menjual tanah kepada bukan Melayu.

Apakah Dr Mahathir mahu mencabar kesabaran Raja Raja Melayu dan orang Melayu?



Sudah sampai masanya kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya YDP Agong menarik balik semua bintang kebesaran yang pernah diberikan kepada beliau di peringkat pusat.

Raja Raja Melayu juga perlu membuang pertimbangan yang sama terhadap kesemua bintang kebesaran yang pernah diberikan kepada Dr Mahathir di peringkat negeri.

Sultan Johor dan Sultan Selangor pernah menarik balik bintang kebesaran yang diberikan kepada Dr Mahathir.

Dan Majlis Raja Raja Melayu boleh bermesyuarat supaya semua Raja Raja Melayu melakukan perkara yang sama.



Tidak ada gunanya memberikan penghargaan kepada manusia biadab seperti Dr Mahathir.

 

Gelaran Tun Pada Mahathir Wajar Di Tarik Sekiranya Berterusan Menghina Institusi Raja Raja Melayu

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button