Kes tetak ibu hingga mati: Suspek didakwa pernah mengamuk

Kes tetak ibu hingga mati: Suspek didakwa pernah mengamuk

MUAR: Suspek yang menetak leher dan kepala ibunya menggunakan kapak hingga mati di Taman Temiang Utama di sini, malam tadi, sebelum ini didakwa pernah merosakkan beberapa kenderaan penduduk kawasan perumahan berkenaan.

Penduduk memaklumkan, mereka yang tinggal di situ mengetahui suspek menghidap masalah mental, namun jarang melihatnya di luar kawasan rumah.

“Kejadian beberapa tahun lalu menyebabkan kereta milik penduduk taman ini rosak, cermin pecah. Suspek melarikan diri ke rumah abangnya di Sungai Abong, namun polis ke sana dan menahannya selepas penduduk membuat laporan.



“Dia cukup dikenali penduduk di sini, ahli keluarganya tidak begitu bergaul dengan orang lain, mungkin malu dengan perbuatan suspek.

“Saya tak sangka tindakan suspek hingga ke tahap ini (membunuh ibu) selepas dimaklumkan jiran mengenai kejadian malam tadi,” kata seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan ketika ditemui.


DISYORKAN UNTUK ANDA :



Kes tetak ibu hingga mati: Suspek didakwa pernah mengamuk
Suspek kes tetak ibu hingga mati dibawa keluar dari mahkamah selepas direman tujuh hari. – NSTP/Alias Abd Rani

Menurutnya lagi, ketika kejadian malam tadi, dia mendapat tahu salah seorang cucu mangsa berusia belasan tahun berada dalam rumah, namun berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Tidak ramai ahli keluarganya dalam rumah ketika itu. Cucu mangsa kemudian memberitahu jiran mengenai kejadian itu sebelum menghubungi polis,” katanya.

Seorang lagi penduduk memberitahu, ahli keluarga suspek jarang keluar rumah bercampur dengan penduduk di taman berkenaan, menyebabkan mereka tidak begitu dikenali.

Katanya, malam kejadian, dia baru pulang dari minum di kedai makan berhampiran sebelum melihat beberapa kereta peronda polis di rumah mangsa.



“Saya kemudian ke lokasi dan dimaklumkan seorang wanita mati dibunuh anaknya. Sepanjang menetap di sini beberapa tahun lalu, ini kali pertama kejadian mengerikan seperti ini di sini,” katanya yang berusia 56 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tinjauan mendapati beberapa ahli keluarga mangsa sibuk mengemas rumah, namun enggan ditemui media.



Dalam kejadian 8 malam tadi, wanita berusia 73 tahun maut selepas kepala dan lehernya didakwa ditetak berkali-kali oleh anak lelakinya berusia 47 tahun sebelum mayat ditemui di ruang tamu rumah.

Suspek yang tidak bekerja juga dilaporkan mengalami masalah mental kerana siasatan polis pada malam kejadian menemui beberapa kad laporan psikiatrik.

Kes tetak ibu hingga mati: Suspek didakwa pernah mengamuk
Rumah lokasi kejadian wanita 73 tahun dipercayai ditetak hingga mati oleh anak lelakinya. – NSTP/Alias Abd Rani

Kes tetak ibu hingga mati: Suspek didakwa pernah mengamuk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button