Pelabur harap kejelasan pelan pengurusan subsidi – Maybank IB

Pelabur harap kejelasan pelan pengurusan subsidi – Maybank IB

Pelabur harap kejelasan pelan pengurusan subsidi - Maybank IB
Gambar fail. – NSTP/AZHAR RAMLI

KUALA LUMPUR: Pelabur harap Malaysia akan mempunyai garis masa dan kaedah yang lebih jelas mengenai pelan bagi menguruskan subsidi berdasarkan kepada sasaran untuk mengurangkan separuh defisit fiskal kepada 3.5 peratus menjelang 2025 daripada paras semasa iaitu kira-kira 6.0 peratus.

Ketua Penyelidikan Ekuiti Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Anand Pathmakanthan, berkata kerajaan juga mesti menangani ketirisan subsidi termasuk memulakan reformasi fiskal.

“Kami perlu melihat banyak pembaharuan fiskal. Kami juga memerlukan lebih banyak langkah yang mesra pasaran,” katanya pada sesi Maybank + Economist: Global Market Outlook and Market Shaping Trends pada persidangan Maybank Invest Asean 2023 hari ini.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan bercadang untuk melaksanakan mekanisme subsidi bersasar secepat mungkin, namun penggubalan mekanisme sedemikian termasuk petrol diesel dan RON95 bukanlah mudah dan agak rumit.

Oleh itu , Anwar berkata kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa kertas kerja dan cadangan berhubung mekanisme itu bagi memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan serta tepat pada masanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO




Selain pembaharuan fiskal untuk kerajaan, Anand berkata pembaharuan juga diperlukan di peringkat korporat, memandangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadi sebahagian besar daripada indeks FBM KLCI dan pasaran.

Berbanding dengan saingan swasta mereka seperti bank, telekomunikasi, perladangan, hartanah, penjagaan kesihatan dan keuntungan, beliau berkata prestasi GLC masih di bawah pencapaian sektor swasta, seterusnya, menjadi penghilang selera kepada minat pelabur di Malaysia. – Bernama

Pelabur harap kejelasan pelan pengurusan subsidi – Maybank IB


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perangai Pelik Ahli UMNO



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button