Ibadah haji tahun ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 – Arab Saudi

Ibadah haji tahun ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 – Arab Saudi

Ibadah haji tahun ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 – Arab Saudi

JEDDAH: Arab Saudi membangunkan dan memperkenalkan beberapa perkhidmatan buat julung kalinya untuk jemaah yang menyertai musim haji 2023 bagi memastikan Rukun Islam kelima itu dilaksanakan dengan mudah dan selesa.

Perkhidmatan yang ditawarkan pada musim ini seiring perkembangan dunia seperti teknologi termaju, program pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).



Pengumuman yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia musim ini ialah penarikan balik sekatan yang dikenakan tiga tahun lalu bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Dalam satu pengumuman sebelum ini, Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah menyatakan ibadah haji pada 2023 adalah tanpa syarat atau sekatan, sama seoerti sebelum pandemik Covid-19.

Susulan penarikan sekatan, Arab Saudi mengumumkan akan menerima lebih dua juta jemaah haji dari 160 negara.

Memetik laporan Saudi Gazette, jumlah jemaah umrah tahun ini turut meningkat sebanyak 30 peratus berbanding 1440 Hijrah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan



Kos insurans untuk jemaah haji menyaksikan penurunan 73 peratus tahun ini. Harga insurans untuk jemaah haji diturunkan daripada SR109 (RM136) kepada SR29 (RM36.16) manakala untuk umrah diturunkan daripada SR235 (RM293) kepada SR88 (RM109.73), atau 63 peratus.

Musim haji 1444 Hijrah menyaksikan perubahan besar dari segi perluasan perkhidmatan. Beberapa perkhidmatan diumumkan buat kali pertama musim ini termasuk pilihan pembayaran mudah untuk pakej haji, sekali gus menyumbang banyak dalam memudahkan ibadah haji.



Januari lalu, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan jemaah domestik mempunyai pilihan membayar kos pakej haji dalam tiga ansuran, dan bukannya membayar jumlah penuh sekali gus seperti tahun-tahun sebelumnya.

Inisiatif Makkah Road, antara projek Kementerian Dalam Negeri yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam ibadah haji yang membantu jemaah menyelesaikan prosedur imigresen dari negara asal dengan mudah, telah diperluaskan ke negara seperti Turkiye dan Ivory Coast.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Inisiatif yang dilancarkan pada 2019 buat kali pertama, kini beroperasi di tujuh negara termasuk Pakistan, Malaysia, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh selain Turkiye dan Ivory Coast.

Bagi memberi khidmat kepada jemaah haji dan memenuhi keperluan mereka, Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci menyediakan sistem perkhidmatan haji tahun ini dengan jumlah kader yang tertinggi dan terbesar dalam sejarahnya.

Jumlah tenaga kerja di Dua Masjid Suci itu mencecah 14,000 pekerja lelaki dan perempuan yang berkelayakan sepenuhnya.

Sebanyak 1,350 lawatan pemeriksaan akan dijalankan musim ini di semua tapak berkaitan haji, bagi memastikan kualiti udara, melindungi dan memantau sumber air, serta memelihara kawasan daripada pencemaran.



Buat pertama kali musim ini, tahap bunyi akan dipantau dan dikawal bagi mengekalkan dan memastikan persekitaran yang tenang dan selesa untuk jemaah sepanjang tempoh haji.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah


Jemaah akan menikmati ibadah haji tahun ini dengan beberapa pilihan pengangkutan yang memastikan memudahkan pergerakan di kawasan suci itu.



Pihak Berkuasa Am Pengangkutan (TGA) menyediakan 1,000 skuter elektrik sebagai perkhidmatan kepada jemaah bagi memudahkan pergerakan mereka di tapak suci.

Pihak berkuasa memperuntukkan landasan khusus untuk e-skuter, mengasingkan mereka daripada kenderaan lain dan pejalan kaki bagi memelihara keselamatan jemaah haji.

Trek ini terdiri daripada dua lorong pergi dan balik, sejauh dua kilometer bermula dari stesen Kadana dan berakhir dengan terowong Mahbas Al-Jin, yang menghala ke stesen Bab Ali di Masjidil Haram.

TGA juga melancarkan, buat pertama kalinya, satu percubaan bas elektrik tanpa pemandu untuk melayani jemaah haji musim ini, bertujuan menyediakan teknologi moden inovatif untuk pengangkutan mampan dan mesra alam.

Bas tanpa pemandu menggunakan AI, kamera dan penderia sekeliling untuk beroperasi tanpa campur tangan manusia di sepanjang laluan yang ditetapkan.

Setiap bas mempunyai 11 tempat duduk, beroperasi selama enam jam bagi setiap caj, dan boleh mencapai kelajuan sehingga 30 km/j.

Ibadah haji tahun ini sama seperti sebelum pandemik Covid-19 – Arab Saudi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading