Perisik AS kesan petunjuk awal pemberontakan Wagner

Perisik AS kesan petunjuk awal pemberontakan Wagner

Perisik AS kesan petunjuk awal pemberontakan Wagner

WASHINGTON: Agensi perisik Amerika Syarikat (AS) mengesan beberapa petunjuk mendakwa ketua kumpulan tentera upahan Russia, Yevgeny Prigozhin sedang bersiap sedia menentang pertahanan Moscow.

Berdasarkan laporan media tempatan, perisik AS itu sudah mengesan petunjuk berkenaan beberapa hari lalu.



Washington Post dan New York Times melaporkan pegawai perisikan sudah pun memberi taklimat kepada White House, Pentagon dan Capitol Hill mengenai kemungkinan pergolakan senjata di Russia sehari sebelum ia berlaku.

Lapor Washington Post, agensi perisikan itu mula menjejaki petunjuk bahawa Prigozhin dan pasukan upahan Wagner mahu menentang tentera Russia pada pertengahan bulan ini.

New York Times pula melaporkan maklumat itu kukuh dan amat membimbangkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

GERAKAN hanya ‘pencacai’ PN di N.Sembilan



Dalam pemberontakan yang berlaku dengan pantas, tentera Prigozhin berpindah dari kem mereka di Ukraine menuju ke Russia pada Jumaat lalu lalu mengambil alih markas tentera di bandar selatan Rostov-on-Don, sebelum mara ke Moscow.

Namun, tindakan itu terpaksa dibatalkan dan media Russia melaporkan pasukan tentera Wagner akan kembali ke Ukraine, manakala Prigozhin melarikan diri ke negara jiran, Belarus.

Sementara itu, Kremlin memaklumkan pihaknya tidak akan mendakwa Prigozhin mahupun anggota kumpulan Wagner.



Ketika pegawai perisikan AS memaklumkan bahawa Prigozhin sedang bersiap sedia tindakan ketenteraan, mereka menyuarakan kebimbangan mengenai situasi huru-hara di negara yang mempunyai senjata nuklear itu, lapor New York Times.

Menurut laporan Washington Post pula, agensi perisikan AS percaya Putin sendiri dimaklumkan mengenai rancangan pemberontakan Prigozhin sekurang-kurangnya sehari sebelum ia berlaku. – AFP

Perisik AS kesan petunjuk awal pemberontakan Wagner


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading