Bunuh warga emas, pasangan kekasih berdepan hukuman mati

Bunuh warga emas, pasangan kekasih berdepan hukuman mati

Bunuh warga emas, pasangan kekasih berdepan hukuman mati
Noorbaizura dan Muhammad Faris Amjad berdepan hukuman mati selepas didakwa membunuh lelaki warga emas, April lalu. NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas yang mayatnya ditemui dalam longkang, April lalu.

Tertuduh, Noorbaizura Mohd Fuad,34, dan Muhammad Faris Amjad Jamalludin, 24, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.

Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Mengikut pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama , mereka didakwa bersama-sama membunuh Tan Kue Seng,71, di tepi Jalan Gapam, Ayer Keroh, di sini, pada 9 April lalu, antara jam 7 pagi hingga 9 pagi, yang sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Majistret Mazana Sinin kemudian menetapkan kes untuk sebutan serahan dokumen dan lantikan peguam pada 22 Ogos depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN




Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilapor berkata, mayat Kue Seng ditemukan oleh warisnya bersama motosikal Demak EX90 yang ditunggang mangsa ketika keluar rumah di Taman Ozana Impian, Bukit Katil.

Terdahulu, pada prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 3, Muhammad Faris Amjad mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merompak dua wanita termasuk seorang warga emas pada Mac dan April lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia dituduh merompak beg sandang milik Yoon Mee Yong, 69, mengandungi dokumen penting, telefon bimbit dan wang tunai RM1,200, membabitkan keseluruhan kerugian kira-kira RM1,500 serta menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Laksamana, Taman Kotak Laksamana pada 22 Mac lalu, pada jam 11.02 malam.



Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebat.

Pertuduhan kedua, dia didakwa merompak beg tangan Syahida Saripudin, 34, di hadapan 7Eleven Jalan Kesidang, Taman Kesidang, di sini, pada 8 April lalu, kira-kira jam 5.23 pagi.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 392 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari membantah jaminan atas alasan tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 KK.



Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan permohonan pendakwaan berkaitan jaminan dan menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 1 Ogos depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Bunuh warga emas, pasangan kekasih berdepan hukuman mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading