Bila Dr Akmal Mahu Minta Maaf?

Bila Dr Akmal Mahu Minta Maaf?

Bila Dr Akmal Mahu Minta Maaf?

Dalam insiden kekecohan yang berlaku di KLIA, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, adalah antara politikus terawal membuat kenyataan.

Beliau secara melulu telah menuduh menteri MOTAC, Tiong Ming Sing, telah menyalahgunakan kuasa menteri dan menceroboh masuk ke dalam kawasan larangan.

Malah, Dr Akmal telah menggesa supaya perdana menteri mengambil tindakan tegas dengan memecat menteri berkenaan.



Kenyataan Dr Akmal telah mendapat respon dari Tiong King Sing dengan meminta beliau meminta maaf dan jangan merepek.

Tiong King Sing juga mahu supaya Dr Akmal memahami isu sebenar sebelum bertindak melulu mengeluarkan kenyataan sembrono.

Teguran dari Tiong King Sing dibalas dengan biadab dari Dr Akmal dengan menyatakan tugas menteri bukanlah menjual bak kut teh.

Penulis tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Dr Akmal kerana tidak nampak apa kaitan antara bak kut teh dengan insiden tersebut.



Kenyataan terbaru dari perdana menteri dan SPRM boleh dilihat seperti memberi gambaran sememangnya berlaku aktiviti jenayah rasuah di KLIA.

Anwar Ibrahim akui masih ada segelintir pegawai JIM yang mengamalkan ‘sistem lama’ yang dipercayai mengandungi unsur rasuah.

SPRM pula kini sedang memburu agen yann dipercayai menjadi orang tengah antara warga asing dan JIM dalam urusan kemasukan ke negara ini.

Kedua-dua kenyataan ini memberikan gambaran jelas bahawa sememangnya berlaku jenayah rasuah di pintu masuk negara.



Tindakan Tiong King Sing adalah betul dan sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak, tetapi mengapa Dr Akmal mengecamnya?

Persoalannya, bilakah Dr Akmal akan meminta maaf atas keceluparan dan kebiadaban beliau itu?

 

Bila Dr Akmal Mahu Minta Maaf?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button