Kelantan FC bukan satu-satunya kelab Liga M berdepan isu gaji

Kelantan FC bukan satu-satunya kelab Liga M berdepan isu gaji

Kelantan FC bukan satu-satunya kelab Liga M berdepan isu gaji
Nurshamil Abd. Ghani (kanan) bertemu pengurusan tertinggi PFAM semalam untuk membincangkan masalah kontrak dan gaji yang melanda dirinya dengan Kelantan FC.

PETALING JAYA: Kelantan FC bukan satu-satunya pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang terpalit dengan isu gaji musim ini, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sebaliknya turut menerima aduan daripada pemain beberapa pasukan lain.

Eksekutif Undang-Undang PFAM, Syafiq Jebat berkata, ketika ini peminat bola sepak tempatan hanya mengetahui tentang masalah gaji melibatkan Kelantan FC serta dua bekas pasukan Liga M, Melaka United dan Sarawak United.

Begitupun, masalah itu sebenarnya turut membelenggu beberapa pasukan Liga M, namun memandangkan ia masih di peringkat awal, PFAM dalam proses rundingan dengan kedua-dua pihak – pemain dan majikan untuk menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang tindakan.



“Selain tiga pasukan itu (Kelantan FC, Melaka dan Sarawak) kita ada menerima laporan babitkan pemain pasukan lain. Kita akan lihat setiap laporan untuk diselesaikan terlebih dahulu termasuk berbincang dengan kedua-dua pihak untuk proses penyelesaian.

“Buat masa ini, PFAM juga tidak dapat dedahkan kepada umum nama pasukan terbabit,” katanya kepada Utusan Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



Kelantan FC bukan satu-satunya kelab Liga M berdepan isu gaji
KELANTAN FC bukan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang berdepan isu tunggakan gaji.
Biarpun sudah dua tahun melalui proses penswastaan , namun liga bola sepak tempatan masih belum dapat ‘bebas’ sepenuhnya daripada masalah kewangan.

Kelantan FC antara pasukan paling teruk dipalit isu gaji, dan kata Syafiq, setakat ini PFAM sudah menerima 19 laporan membabitkan isu tunggakan gaji serta kontrak pemain, dan ia sudah dipanjangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kemelut Kelantan FC seolah-olah tiada penghujung apabila semalam, penyerang pasukan itu, Nurshamil Abd. Ghani mendedahkan dia perlu membayar sebanyak RM50,000 jika mahu menamatkan kontrak dengan The Red Warriors (TRW).

Syafiq menjelaskan apa juga tindakan yang bakal diambil adalah berlandasan saluran bola sepak membabitkan pemegang taruh seperti FAM, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta pasukan terbabit.

Kelantan FC bukan satu-satunya kelab Liga M berdepan isu gaji


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading