Ada sebab Kelantan FC tuntut RM50,000 daripada Nurshamil

Ada sebab Kelantan FC tuntut RM50,000 daripada Nurshamil

Ada sebab Kelantan FC tuntut RM50,000 daripada Nurshamil

PETALING JAYA: Kelantan FC tidak berdiam diri mengenai isu yang dibangkitkan bekas pemainnya, Nurshamil Abd. Ghani apabila tampil menjelaskan pihaknya mempunyai hak untuk menuntut wang pampasan iaitu bersamaan nilai gaji untuk baki kontrak pemain itu.

Menerusi satu kenyataan media, Kelantan FC menjelaskan pihaknya sudah banyak melabur dalam usaha menyediakan pemain berkualiti namun secara tiba-tiba pemain terbabit mahu menamatkan kontrak hingga menyebabkan kelab terpaksa menanggung kerugian.



“Berdasarkan populariti dan reputasi yang dicapai oleh pemain terbabit bersama kelab juga kepentingan di dalam pasukan serta lebih penting pelaburan yang sudah membelanjakan untuk pembangunan prestasi termasuk kebolehan bola sepak pemain itu.

“Pihak kelab merasakan adalah tidak wajar untuk melakukan penamatan kontrak beliau secara bersama tanpa sebarang kompensasi kepada Kelab.

“Dalam kes penamatan kontrak sebelum tamat tempoh oleh pemain, sama ada secara bersama mahupun secara sebelah pihak, kelab berhak untuk menuntut nilai kompensasi (pampasan) bersamaan nilai gaji untuk baki tempoh kontrak pemain itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




“Sungguhpun begitu, sebenarnya nilai RM50,000 yang dituntut tersebut adalah hanya lebih kurang separuh sahaja daripada nilai baki kontrak yang berhak dituntut oleh Kelab,” kata Kelantan FC.

Ada sebab Kelantan FC tuntut RM50,000 daripada Nurshamil
Nurshamil Abd. Ghani (kanan) bertemu pengurusan tertinggi PFAM semalam untuk membincangkan masalah kontrak dan gaji yang melanda dirinya dengan Kelantan FC.

Terdahulu, Nurshamil mendakwa dia perlu membayar RM50,000 untuk menamatkan kontrak biarpun atas persetujuan bersama.

Kelantan FC sebelum ini didakwa berdepan masalah kewangan dan terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini juga mengesahkan bahawa pasukan dari Pantai Timur itu dikenakan sekatan perpindahan pemain akibat kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain.

Selain itu, pihak pengurusan Kelantan FC juga mengakui mereka sentiasa menghormati segala keputusan dibuat oleh setiap pemain yang ingin meninggalkan kelab.



Namun, pihak kelab juga menyatakan mereka berada dalam kerugian selepas pemain yang dibentuk begitu lama akan meninggalkan kelab begitu sahaja tanpa sebarang pampasan. – UTUSAN ONLINE

Ada sebab Kelantan FC tuntut RM50,000 daripada Nurshamil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button