Jerayawara Ipoh raih pencalonan PKS di PBA2023

Jerayawara Ipoh raih pencalonan PKS di PBA2023

Jerayawara Ipoh raih pencalonan PKS di PBA2023
Jerayawara Ipoh merupakan persinggahan kedua dalam jelajah seluruh negara untuk mempromosikan PBA2023 dan meraih pencalonan dalam kalangan PKS.

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di Perak mampu meningkatkan identiti jenama mereka melalui Majlis Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2023 anjuran Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia).

Pengerusi PBA2023 merangkap Naib Presiden Persatuan PKS Malaysia, Datuk Ada Poon menyifatkan pemasaran percuma adalah ganjaran yang ditawarkan kepada pemenang PBA.

“Anugerah ini memberi faedah yang berlipat ganda seperti membolehkan pemenang membuat tanda aras terhadap pesaing mereka, meningkatkan kredibiliti, membina lebih banyak impak dalam kalangan pelanggan sasaran, memotivasikan pekerja dan juga menarik bakat baharu,” katanya ketika merasmikan Jerayawara Ipoh PBA2023, baru-baru ini.



Turut hadir pada majlis berkenaan, Presiden PKS Ipoh, Carlson Chia Ban Guan.

Ban Guan menggesa PKS mengukuhkan penjenamaan mereka dan menggesa supaya memanfaatkan PBA2023 sepenuhnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




“Jenama adalah jiwa kepada syarikat dan ia aset yang penting,” katanya.

Jerayawara Ipoh raih pencalonan PKS di PBA2023

 

Memacu tema ‘Inovasi, Transformasi dan Pengantarabangsaan’ sebagai tanda aras prestasi perniagaan serta piawai kualiti PKS, PBA2023 tampil  dengan 19 anugerah kategori individu dan empat kategori jemputan.

Turut diraikan, Anugerah Perusahaan Cemerlang Asia Pasifik dengan kategori khas bagi penyertaan asing dari China, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Taiwan, Korea Selatan dan negara lain untuk memupuk rangkaian perniagaan dan hubungan ekonomi bersama usahawan global.



Jerayawara Ipoh adalah persinggahan kedua dalam jelajah seluruh negara di sembilan lokasi termasuk Malaysia Timur untuk mempromosikan PBA2023 dan meraih pencalonan dalam kalangan PKS.

Ia menampilkan taklimat mengenai proses pencalonan anugerah, pembentangan oleh penaja utama dari syarikat perbankan komersil, Hong Leong Bank (HLB) dan syarikat media terkemuka, Media Prima Berhad (MPB) serta sesi rangkaian perniagaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen mengetengahkan inisiatif yang diambil kerajaan negeri Perak dalam membantu industri PKS.

Inisiatif yang ditawarkan termasuk bantuan kewangan maksimum RM3,000 untuk PKS di bawah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (SADC), pendaftaran SSM percuma bagi B40, pinjaman tanpa faedah maksimum RM50,000 di bawah Yayasan Perak, pinjaman tanpa faedah maksimum RM100,000 bagi sektor pertanian di bawah SADC, serta bantuan khas BIZNITA untuk usahawan ibu tunggal PKS di bawah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (SPW) Perak.

Menurut penaja utama HLB, institusi kewangan boleh bertindak sebagai rakan kongsi untuk membantu PKS dalam meluaskan capaian ke peringkat antarabangsa dengan memupuk persekitaran yang menggalakkan inovasi dan transformasi.

Ketua Perbankan PKS Hong Leong Bank, Kevin Ng berpendapat, PKS mempunyai potensi dengan idea inovatif yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.



“Melalui kerjasama strategik, penyelesaian pembiayaan yang fleksibel dan khidmat nasihat peribadi yang diberikan, kami percaya dapat membantu PKS menerima kemajuan industri menghadapi cabaran, meningkatkan kecekapan operasi, dan memperoleh kelebihan daya saing di peringkat tempatan dan global,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


PBA2023 diaudit secara bebas oleh Cheng & Co bersama Fusionex sebagai rakan kongsi teknologi, Media Prima dan Omnia sebagai rakan media rasmi, agensi pemasaran Asia Media Group sebagai rakan kongsi pengiklanan rasmi, Penyelesaian Pengurusan Kredit terkemuka CTOS sebagai agensi pelaporan kredit, perkhidmatan penghantaran ekspres GDex sebagai rakan kongsi kurier rasmi dan OE EduGroup sebagai rakan kongsi strategik rasmi .



Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada 10 November 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia yang juga rakan kongsi lokasi strategik PBA2023.

Pencalonan boleh dihantar secara dalam talian melalui https://pba.smemalaysia.org/ sehingga 15 Ogos ini.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia anugerah di talian 03-8024 5787 (Cynthia).

Jerayawara Ipoh raih pencalonan PKS di PBA2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button