Letusan Marapi: 28 pendaki dikhuatiri terkandas

Letusan Marapi: 28 pendaki dikhuatiri terkandas

Letusan Marapi: 28 pendaki dikhuatiri terkandas
ABU kelihatan dari letusan Gunung Marapi, dilihat dari Nagari Batu Palano. Agam, Sumatera Barat. FOTO Antara Foto/ Reuters

Jakarta: Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana Indonesia, BNPB, Abdul Muhari.

Beliau berkata, 19 pendaki berjaya turun dengan bantuan penyelamat, manakala 28 lagi masih terperangkap di gunung setinggi 2,891 meter itu.

Awan abu dengan cepat menutupi kawasan seluas tiga kilometer dari kawah puncak Gunung Marapi, mengakibatkan hujan abu dan batu jatuh di pelbagai tempat di daerah Agam.



“Pasukan penyelamat bersama sedang giat mencari dan membantu mereka yang masih berada di gunung,” katanya dalam satu kenyataan.

Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Agam yang diketuai oleh Bambang Warsito menjelaskan bahawa laporan mengenai kematian seorang pendaki masih belum disahkan dengan berkata: “Ia belum jelas dan belum disahkan.”

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan tanpa maklumat sahih.

Kedua-dua agensi pengurusan bencana Agam dan Tanah Datar meminta orang ramai, pelancong dan pendaki supaya memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada abu gunung berapi.



Pelancong dan pendaki juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah utama.

Letusan Marapi: 28 pendaki dikhuatiri terkandas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading