Model A, kereta terbang berharga RM1.4 juta

Model A, kereta terbang berharga RM1.4 juta

Model A, kereta terbang berharga RM1.4 juta
ILUSTRASI kereta terbang keluaran Alef Aeronautics. FOTO Agensi

Washington: Alef Aeronautics, syarikat berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS) diberi pensijilan terhad oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) untuk menguji kereta terbang buatannya yang dikenali sebagai Model A.

“Sebelum Henry Ford, ramai cuba menghasilkan kereta terbang, betul, dan mereka memerlukan pensijilan.

“Ini kereta tradisional yang kelihatan seperti kereta tradisional, boleh dipandu dan diparkir, namun boleh bergerak secara menegak,” kata Ketua Pegawai Operasi Alef Aeornautics, Jim Dukhovny kepada Reuters.



Dukhovny berkata, dengan pensijilan itu, “ia bermakna kereta terbang dalam erti kata tradisional kini diiktiraf sekurang-kurangnya oleh satu kerajaan.”

Disebabkan isu undang-undang, syarikat itu hanya dapat menunjukkan imej Model A serta video olahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




Kini, dengan pensijilan terhad, syarikat itu akhirnya boleh menunjukkan kepada dunia sebuah kereta terbang.

“Kami sebenarnya merancang demonstrasi awam (untuk) media tidak lama lagi dan kami sebenarnya akan memaparkan cara ia berfungsi.

“Sebelum menerima anugerah khas berasaskan pensijilan rasmi dan pensijilan daripada FAA, kami tidak dapat melakukan pameran atau video dalam tempat yang diperlukan untuk mempersembahkan cara yang kami mahukan kepada orang ramai,” kata Dukhovny.

Menurut Dukhovny, walaupun kenderaan itu mempunyai keupayaan untuk terbang, ia masih mengambil masa yang lama untuk melihatnya digunakan oleh orang ramai, terutamanya mengambil kira peraturan lalu lintas.



“Akan ada tempat kamu dibenarkan berlepas dan sebaliknya…” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi


Walaupun terdapat banyak percubaan untuk membuat kereta terbang, Dukhovny percaya pendekatannya terhadap keselamatan yang membolehkan pihaknya menerima pensijilan terhad daripada FAA AS.



Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai boleh menjangkakan kereta terbang itu akan dapat dibeli menjelang akhir 2025 dengan harga AS$300,000 (kira-kira RM1.4 juta).

“Kami cuba menjadikannya lebih selamat daripada mana-mana helikopter atau kapal terbang yang terbang hari ini. Lebih selamat,” katanya.

Reuters



Model A, kereta terbang berharga RM1.4 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading