PAS Mula Khianati Mahathir

PAS Mula Khianati Mahathir

PAS Mula Khianati Mahathir

PAS sememangnya cukup dikenali sebagai sebuah parti politik yang akan menggunakan setiap ruang kesempatan yang ada.

Walau pun menggunakan wajah agama dan dibarisi dengan the so called pemimpin ulamak, PAS pada bila-bila masa boleh bertukar wajah.

Di satu masa pemimpin mereka boleh memaki hamun dan membuat perlbagai tuduhan kepada DAP, tetapi di masa yang lain orang yang sama boleh bercium mulut dengan DAP.



Ketika tidak bersama dengan UMNO, pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada UMNO.

UMNO kafir, perjuangan UMNO adalah perjuangan assabiyah dan pelbagai tuduhan lagi.

Tetapi ketika mereka memerlukan UMNO, pemimpin PAS mendakap kemas pemimpin UMNO.

Hilang sudah gelaran kafir dan assabiyah.



Satu masa dahulu, pemimpin PAS sangat membenci Dr Mahathir.

Bukan kata mahu melihat wajah, mendengar nama Dr Mahathir pun sudah boleh membuatkan pemimpin PAS muntah.

Tetapi, apabila banker utama PAS, Muhyiddin dan PPBM dilihat sedang mengharungi zaman gelap, PAS beralih arah kepada Dr Mahathir.

Pemimpin PAS tahu, Dr Mahathir mempunyai banyak wang dan kroni beliau juga adalah ahli perniagaan yang berjaya berkat dari ‘doa’ Dr Mahathir.



Lalu, apabila Muhyiddin dan PPBM sudah tidak mampu memberikan kemewahan kepada PAS, Dr Mahathir diangkat sebagai penasihat ekonomi SG4.

Dr Mahathir bersetuju kerana beliau memerlukan platfom untuk mencuci duit haram dan PAS sedia berkhidmat.

Bukan pemimpin PAS tidak tahu, Dr Mahathir sebenarnya buta ekonomi.

Kejayaan Dr Mahathir selama 22 tahun adalah kerana kepakaran ekonomi pemimpin UMNO.



Apabila di kelilingi pemimpin yang sama-sama buta ekonomi, Dr Mahathir telah menghancurkan ekonomi negara.

Ini terbukti dalam pentadbiran selama 22 bulan di era Pakatan Harapan 1.0.

Pemimpin PAS juga menggunakan alasan untuk menarik sokongan Melayu melalui Dr Mahathir.

Tetapi realitinya, bukan sahaja Dr Mahathir, malah parti pimpinan beliau ditolak secara total oleh orang Melayu dalam PRU 15.



Yang pemimpin PAS mahukan dari Dr Mahathir adalah kekayaan dari beliau dan kroni beliau.

PAS Mula Merasakan Dr Mahathir Sebagai Beban

 

Tetapi sayang, belum sempat pemimpin PAS menikmati kemewahan dari Dr Mahathir, satu demi satu rahsia beliau terbongkar.

Dr Mahathir, keluarga beliau dan kroni beliau kini berada dalam radar siasatan SPRM.



Khabarnya, anak sulong Dr Mahathir, Mirzan, sudah mula ‘dirisik’ oleh SPRM.

Kroni rapat Dr Mahathir, Daim Zainuddin pula sudah disita hartanya yang bernilan berbilion ringgit.

Banyak lagi akan menyusul dan pemimpin PAS amat menyedari mengenainya.

Lalu usaha untuk menjarakkan diri dari Dr Mahathir dimulakan.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, mendedahkan harta Daim Zainuddin dan mahu supaya kerajaan bertindak tegas.

Tidak mungkin pemimpin PAS tidak tahu bahawa Daim adalah kroni rapat Dr Mahathir.

Dan tidak mungkin pemimpin PAS tidak tahu, siasatan ke atas Daim akan membuka pekong Dr Mahathir yang selama ini dibalut kemas.

Tetapi, itulah pemimpin PAS.

PAS Mula Khianati Mahathir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button