Bot karam, warga emas dikhuatiri lmas

Bot karam, warga emas dikhuatiri lmas

Bot karam, warga emas dikhuatiri lmas

BARAM: Seorang warga emas wanita dikhuatiri lemas dibawa arus deras selepas bot yang dinaiki bersama lima lagi penumpang, karam di Sungai Long Kawa Hulu Tutoh, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.30 malam.



Katanya, maklumat awal yang diperoleh dari Bilik Kawalan BBP Marudi mengesahkan, pengadu yang juga seorang guru dari Kampung Ba Selulong menghubungi bilik kawalan melaporkan kejadian berlaku pada jam 5.30 petang apabila bot yang dinaiki enam penumpang karam ketika dalam perjalanan balik dari Long Bedian ke Kampung Ba Selulong.

“Adalah difahamkan bahawa lima penumpang terselamat, manakala seorang lagi mangsa yang juga wanita warga emas yang belum lagi diketahui identiti masih hilang,” katanya.

Bagi mencari serta menyelamat mangsa, penduduk kampung bertindak melakukan usaha pencarian awal, namun mangsa masih belum dijumpai.

Pasukan bomba BBP Marudi jelas beliau akan bergerak ke lokasi kejadian dan memulakan usaha pencarian pada awal pagi ini yang mengambil masa kira-kira enam jam perjalanan dari Pekan Marudi menggunakan laluan balak.



Bot karam, warga emas dikhuatiri lmas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button