Remaja ditahan kes simbah cat merah

Remaja ditahan kes simbah cat merah

Remaja ditahan kes simbah cat merah

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang aktif dalam kegiatan menyimbah cat merah di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki warga tempatan itu ditahan di sebuah premis di Taman Ehsan Jaya, dekat sini dalam satu serbuan jam 2 pagi



Katanya, penahanan suspek dibuat selepas menerima laporan polis dari seorang lelaki berusia 48 tahun berkaitan kejadian simbah cat merah di pintu pagar rumah dan dua keretanya di Taman Desa Jaya, kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin.

“Semasa serbuan remaja itu ditahan bersama barang rampasan sebuah motosikal, dua plat nombor pendaftaran kenderaan, dua tong bekas cat merah, sehelai baju, seluar, selipar dan beg berwarna hitam.

“Hasil tangkapan ini, pihak polis dapat menyelesaikan lima kes jenayah lain membabitkan kes simbah cat berwarna merah.

“Hasil semakan suspek tiada rekod jenayah lampau, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Raub berkata, suspek direman tiga hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula semalam hingga esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan

Remaja ditahan kes simbah cat merah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button