Saham DRB-Hicom melonjak selepas pengumuman pelaburan Geely

Saham DRB-Hicom melonjak selepas pengumuman pelaburan Geely

Saham DRB-Hicom melonjak selepas pengumuman pelaburan Geely
DRB Hicom.

Kuala Lumpur: Saham-saham DRB-Hicom Bhd di Bursa Malaysia didagangkan lebih tinggi hari ini selepas pengumuman pengeluar kereta China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang akan melabur sebanyak US$10 bilion untuk menjadikan Tanjung Malim, Perak, sebagai bandar automotif terbesar di rantau ini.

Pada 4.10 petang, kaunter itu menambah empat sen kepada RM1.43 dengan 3.38 juta saham diniagakan.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspirasi itu, yang disampaikan oleh Geely melalui surat kepadanya malam tadi, akan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.



Geely, yang menjalinkan usaha sama dengan Proton untuk mengeluarkan kereta, telah menulis 10 muka surat bagi memaklumkan bahawa ia mahu terus menjadikan Tanjung Malim sebagai bandar automotif terbesar di rantau ini.

Ia akan dimulakan dengan pelaburan berjumlah US$10 bilion atau RM40 bilion, katanya.

Sebelum ini, pada 1 April lepas, DRB-Hicom turut menandatangani perjanjian dengan Geely di Beijing berhubung pembangunan hab industri automotif di Tanjong Malim.

Saham DRB-Hicom melonjak selepas pengumuman pelaburan Geely


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button