Ain Edruce Janji ‘Behave’

Tak Mahu Terlalu ‘Lantang’ Sewaktu Mengacara ABPBH35

Ain Edruce Janji ‘Behave’

Ain Edruce Janji ‘Behave’
Ain Edruce Janji ‘Behave’

Pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35), Ain Edruce meluahkan rasa teruja apabila diberikan tanggungjawab untuk mengemudi acara berprestij itu pada Jumaat ini.

‘Behave’

Ain Edruce Janji ‘Behave’

Ketika ditemui OhBulan!, Ain berkata dia tidak akan mensia-siakan peluang tersebut sekali gus menjadi pencapaian terbaiknya sepanjang bergelar hos.



Malah, dia akui tidak sabar untuk bergandingan dengan pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan.

Sejujurnya ini adalah pencapaian yang terbaik dan tinggi saya sebagai seorang pengacara, terutama dalam mengedalikan ABPBH. Memang bertahun juga saya nantikan peluang sebegini, saya tidak akan sia-siakan.

Malah suami saya pun sangat teruja bila tahu dan dia mendoakan saya dapat buat yang terbaik. Dia sangat bersemangat, dia mahu saya buktikan saya boleh buat.

Saya bersyukur juga dapat bergandingan dengan Johan. Dia adalah idola saya dalam pengacaraan dan dia merupakan pelawak tanah air yang semua orang kenal. Saya tahu Johan akan bantu saya nanti.



Ain berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35 yang diadakan di The Agam, Damansara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ain berkata dia juga akan berusaha sehabis baik untuk menjaga tingkah laku serta percakapan terutama lawak yang akan digunakan sewaktu di atas pentas acara berkenaan.

Saya tahu, diri saya memang sejenis yang loud (lantang bercakap) dan percaya tak semua orang boleh terima perkara itu. Apatah lagi nanti akan digandingkan dengan Johan, dua-dua lantang juga.

Jadi saya akan mainkan peranan saya untuk tone down (kurangkan lantang), kalau dua-dua kami lantang tak tahu jadi apa nanti.



Kadang kala kita akan nampak sesetengah pengacara akan ‘makan’ seorang lagi pengacara. Saya dan Johan harap tidak akan berlaku perkara tersebut, sebab itu perlunya sesi rehearsal dan latihan sebelum acara sebenar. Oleh itu juga, lawak yang akan digunakan pun akan ikut kesesuaian nanti.

Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam, 21 Julai ini.

Ain Edruce Janji ‘Behave’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading