Amelina – 8 Tahun Menjanda, Saya Boleh Menyara Anak-Anak
Amelina – 8 Tahun Menjanda, Saya Boleh Menyara Anak-Anak
Ratu dangdut Malaysia, Amelina menafikan industri muzik dangdut di negara ini kian suram dan kurang mendapat sambutan dikalangan peminat.
Menurut Amelina, genre dangdut ini mempunyai kelompok peminat yang tersendiri dan sebagai bukti, dia mampu untuk kekal relavan sehingga hari ini meskipun namanya pernah tenggelam hampir 15 tahun.
“Dangdut ini tetap ada. Kalau tidak, macam mana saya boleh survive. Dalam industri seni ini, saya pernah hilang dalam 15 tahun. Kalau betul muzik dangdut ini tidak wujud lagi, macam mana saya boleh menyara anak-anak selama lapan tahun hidup sebagai janda.
“Setakat ini, elok dan tenang sahaja hidup saya. Dangdut ini ada kelompok peminat yang tersendiri dan nama kami masih lagi diundang untuk memenuhi jemputan persembahan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Asyik itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir dan Muhyiddin tidak berani sanggah dakwaan Anwar kaitan mahu haramkan UMNO
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?
Katanya lagi, meskipun jarang muncul di program televisyen, namun undangan untuk persembahan korporat tidak pernah putus.
“Mungkin ada yang kata industri muzik dangdut ini boleh pergi ke mana sahaja? Namun, saya selalu buat persembahan di majlis-majlis korporat dan kami ni boleh pergi ke mana-mana cabang sekali pun.
“Saya ini back to back ada undangan persembahan cuma tak keluar di televisyen sahaja. Ada kalanya saya terpaksa menolak tawaran televisyen kerana sibuk dengan undangan persembahan di luar,” ujarnya lagi.
“Mungkin pihak penganjur tidak dapat berurusan dengan saya sebelum ini atau jadual saya yang tidak mengizinkan. Saya tak nak ambil tahun pun sama ada saya ini pilihan kedua atau sebagainya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
“Saya hanya melihat konsert ini sebagai satu peluang. Saya tahu level saya macam mana. Saya bukan penyanyi pilihan kedua. Di Malaysia ini, konsert-konsert lain mudah sahaja dianjurkan tetapi dangdut agak terhad.
“Bila ada konsert yang menggabungkan dua negara ini, kenapa tidak saya ikut serta. Mungkin ini peluang buat saya untuk bukakan mata semua pihak tentang muzik dangdut Malaysia yang saya perjuangkan selama ini,” akhirinya.
Terdahulu, pihak penganjur konsert ini terpaksa menanggung kerugian hampir RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pihak perunding acara.
Disebabkan insiden tersebut, konsert Goyang Asia Koplo Malenia terpaksa ditunda ke tarikh 30 September makanala vanue pula telah diubah ke Stadium Melawati, Shah Alam.
Kredit Foto: Instagram Amelina Amir