Sektor kenderaan elektrik China berkembang pesat, atasi AS
Sektor kenderaan elektrik China berkembang pesat, atasi AS
BEIJING – Industri kenderaan elektrik (EV) di China berkembang dengan kadar pantas sekali gus menjadikannya pasaran utama dunia bagi sektor tersebut, mengatasi Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita CNBC kelmarin.
Ketika Shanghai mengadakan pameran kereta antarabangsanya pada musim bunga lalu, jenama-jenama utama dunia termasuk Toyota, Ford dan BMW turut menyertai acara tersebut.
Namun, jenama dari China seperti BYD dan NIO lebih menonjol dengan model-model EV yang canggih dan mampu milik.
Ketua Pegawai Eksekutif NIO, William Li berkata, persaingan dalam industri EV adalah lebih sengit di China, yang mendorong perkembangan pesat sektor tersebut dengan setiap syarikat berusaha untuk ‘memenangi perlumbaan’ dalam pasaran.
“Anda (jenama) mungkin berada di hadapan hari ini, tetapi mungkin tidak dalam tempoh beberapa bulan kemudian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir dan Muhyiddin tidak berani sanggah dakwaan Anwar kaitan mahu haramkan UMNO
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
Menurut Counterpoint Research yang berpangkalan di Hong Kong, kira-kira satu perempat daripada kereta penumpang yang dijual di China tahun lepas adalah EV atau hibrid berbanding kira-kira tujuh peratus di AS.
“China jauh mendahului AS dari segi penggunaan EV,” kata penganalisis Counterpoint Research yang berpangkalan di India, Soumen Mandal.
Beberapa tahun lalu, China mempunyai kira-kira 300 syarikat pengeluar EV, satu jumlah yang menurut penganalisis akan dikurangkan kepada puluhan atau lebih pada tahun-tahun akan datang.
Walaupun jenama tempatan menguasai pasaran EV China, negara itu turut menghadapi saingan daripada pembuat kereta asing seperti General Motors dan Volkswagen.
Bagaimanapun, keuntungan syarikat-syarikat pengeluar EV diancam oleh kapasiti berlebihan dan perang harga yang dicetuskan pada Januari lalu oleh Tesla yang mempunyai kilang di Shanghai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
Menghadapi tekanan di dalam negara, pembuat EV China kini mengejar pengembangan di luar negara, terutamanya dalam pasaran baharu muncul.
Tahun lalu, eksport EV China meningkat 131.8 peratus tahun ke tahun kepada sekitar 680,000 unit, demikian menurut data rasmi pemerintah.
Didorong oleh lonjakan dalam jualan tersebut, China seterusnya mengatasi Jepun sebagai pengeksport utama automotif dunia pada suku pertama tahun ini.
Bagaimanapun, apa yang menjadi penghalang adalah eksport EV dari China tidak mempunyai kehadiran di AS di tengah-tengah ketegangan geopolitik antara dua negara itu.
“Pembuat kereta AS berada di pasaran China tetapi tiada pembuat kereta negara itu di AS,” kata Mandal. – Agensi
Sektor kenderaan elektrik China berkembang pesat, atasi AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi Lebih Drakonian Dalam Menggunakan Kuasa
- Siapa Yang Melindungi Aktiviti Perlombongan Haram Di Kedah?
- Parti Islam PAS sanjung Kluster Mahkamah.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :