Polis tahan lelaki bakar kedai sayur di pasar

Polis tahan lelaki bakar kedai sayur di pasar

Polis tahan lelaki bakar kedai sayur di pasar
Keadaan kedai sayur yang terbakar dikatakan mempunyai unsur perbuatan khianat di Pasar Awam Siti Aisyah, Jelawat. Foto ihsan pembaca

BACHOK: Polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran di Pasar Jelawat, malam semalam.

Dalam kejadian jam 7.31 malam itu, polis menerima laporan berhubung kebakaran di sebuah gerai sayur milik seorang lelaki di dalam Pasar Awam Siti Aisyah, Jelawat.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata pemilik gerai yang juga berusia 47 tahun membuat laporan berhubung kejadian kebakaran gerainya yang didapati mempunyai unsur khianat.



“Siasatan awal polis mendapati kejadian disyaki dilakukan seorang lelaki yang dilihat orang awam berlegar-legar di kawasan kejadian dengan memegang pemetik api.

“Bertindak atas maklumat awam, kita berjaya menahan lelaki warga tempatan itu bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian air kencing negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.



Polis tahan lelaki bakar kedai sayur di pasar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading