Anggota polis cedera motosikal rempuh kereta

Anggota polis cedera motosikal rempuh kereta

Anggota polis cedera motosikal rempuh kereta
Koperal polis cedera selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta. Foto ihsan pembaca

TANJONG KARANG: Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cedera selepas motosikalnya melanggar kereta, dalam kejadian di Kilometer 52.5 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi, Koperal berusia 33 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Tanjong Karang selepas menghadiri program di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata kemalangan membabitkan motosikal Kawasaki dan Proton Iswara dipercayai berlaku ketika pemandu lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Tanjong Karang.



“Tiba di lokasi, kereta terbabit yang ketika itu dipandu di lorong kiri dipercayai mengubah haluan ke lorong kanan. Pada masa sama, anggota berkenaan yang datang dari belakang melanggar bahagian belakang kanan kereta itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, pemandu Proton Iswara cedera di tangan, manakala anggota polis pula cedera di kepala, bahu, lutut dan buku lali.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan lanjut.

Anggota polis cedera motosikal rempuh kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button