Liga Super: Faisal Halim ‘digantung’ empat bulan

Liga Super: Faisal Halim ‘digantung’ empat bulan

Liga Super: Faisal Halim ‘digantung’ empat bulan
Faisal Halim (kiri) antara tunjang pasukan Selangor FC pada kempen Liga Super musim ini.

PETALING JAYA – Bintang sensasi Selangor FC, Faisal Halim sah didenda penggantungan empat bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan kenyataan media yang dilakukan pada April lepas.

Perkara tersebut disahkan oleh pengurusan Selangor FC dalam satu kenyataan yang menyatakan Jawatankuasa Tatatertib FAM telah memaklumkan hukuman tersebut hari ini.

Faisal yang lebih mesra dengan nama Mickey dihukum susulan kenyataan ketika aksi bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 27 April lalu.

“Faisal telah digantung sebulan terlebih dahulu bermula semalam hingga 23 Ogos ini. Baki tiga bulan lagi ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain terbabit selama 12 bulan dari tarikh 24 Ogos tahun ini hingga 24 Ogos tahun hadapan.



“Oleh itu, beliau (Faisal) tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City FC, Negeri Sembilan FC dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC,” kata kelab itu.

Situasi tersebut pasti memberi tamparan hebat buat skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bertemu JDT pada Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Faisal Halim ‘digantung’ empat bulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan “Kakistocracy” alasan untuk Mahathir tumbangkan Kerjaan Perpaduan


 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button