Pemilik kedai emas rugi RM1 juta premis dipecah masuk
Pemilik kedai emas rugi RM1 juta premis dipecah masuk

IPOH: Seorang pemilik kedai emas kerugian kira-kira RM1 juta selepas premis miliknya di Taman Perdagangan Tanjung di Tanjung Rambutan, dekat sini, dipecah masuk.
Kejadian dipercayai berlaku antara malam tadi hingga awal pagi hari ini, namun hanya disedari pemiliknya yang berusia lingkungan 40-an selepas dimaklumkan tiga pekerjanya kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dua pekerja kedai yang hanya mahu dikenali Fika, 22 dan Nina, 26 berkata, ketika membuka premis pagi tadi mereka terhidu bau seakan besi dibakar, selain bau tengik sebelum melihat keadaan penggera kedai dalam keadaan mencurigakan kerana terjatuh ke lantai sejurus membuka pintu utama premis.
“Pada jam 10 pagi ketika kami mengangkat ‘shutter’ (pintu), kami dapati penggera tidak berbunyi seperti biasa sebelum menyedari ia tercabut…pada mulanya kami sangka ia rosak.
“Satu pintu lain di bahagian depan premis juga terkunci dari dalam walaupun biasanya ia boleh dibuka menggunakan kunci dari luar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan “Kakistocracy” alasan untuk Mahathir tumbangkan Kerjaan Perpaduan
- Hebat mana pun , PAS pancing satu kolam bersama Lima parti Melayu lain. DAp tiada saingan dikolam lain.
- Saravanan Akan Di Panggil SPRM
“Kami kemudian bergegas ke belakang sebelum menemukan kesan kerosakan serta umpilan pada pintu besi, malah banyak barangan kemas di ruang pameran serta peti besi hilang,” katanya ketika ditemui.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati rata-rata premis berdekatan tempat kejadian dipasang kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di bahagian belakang premis, namun alat itu di kedai emas berkenaan dirosakkan.
Difahamkan ini kali pertama kejadian pecah masuk berlaku sepanjang empat tahun perniagaan kedai emas yang mempunyai empat pekerja dan beroperasi setiap hari antara jam 10 pagi hingga 6 petang itu dibuka.
Seorang peniaga berdekatan premis ketika ditemui, berkata selain kedai emas berkenaan, beberapa lagi premis sederet termasuk sebuah kedai perkakasan turut pernah dipecah masuk.
Pihak polis ketika ditemui di lokasi kejadian memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu dalam tempoh terdekat.
Pemilik kedai emas rugi RM1 juta premis dipecah masuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM
- Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan
- Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun