3 lelaki rompak barang kemas RM1 juta

3 lelaki rompak barang kemas RM1 juta

3 lelaki rompak barang kemas RM1 juta
Anjing pengesan diguna polis memburu tiga lelaki dipercayai memecah masuk sebuah kedai emas di Taman Perdagangan Tanjung di Tanjung Rambutan, awal pagi tadi. – NSTP/L MANIMARAN

IPOH: Polis memburu tiga lelaki dipercayai memecah masuk sebuah kedai emas di Taman Perdagangan Tanjung di Tanjung Rambutan, dekat sini awal pagi tadi dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata siasatan awal polis mendapati kejadian antara jam 1 hingga 3 pagi dengan semua suspek dipercayai memecah masuk ke premis terbabit melalui pintu belakang.

Menurutnya, barang kemas yang dilarikan disimpan dalam peti besi di premis terbabit, dipercayai dibuka penjenayah menggunakan mesin pengasah sebelum melarikan barang kemas dianggarkan seberat tiga kilogram (kg).



“Nilai pasaran barang kemas yang dilarikan dianggarkan kira-kira RM1 juta,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya lagi, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada tiga suspek berkenaan melarikan diri dengan kenderaan atau menuju ke kebun yang terletak di belakang premis tu.

Terdahulu, kejadian pecah masuk itu hanya disedari pemilik premis selepas dimaklumkan oleh tiga pekerjanya yang mahu membuka kedai emas berkenaan, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati rata-rata premis berdekatan tempat kejadian dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV), termasuk di bahagian belakang premis, namun CCTV di kedai emas itu didapati turut dirosakkan.



Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil menghubungi Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.

3 lelaki rompak barang kemas RM1 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading