Vasseur kecewa prestasi Ferrari
Vasseur kecewa prestasi Ferrari

BUDAPEST – Prinsipal pasukan Ferrari, Frederic Vasseur tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih kedua-dua pemandunya, Charles Leclerc dan Carlos Sainz mencatat keputusan hambar di perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.
Sepanjang 70 pusingan perlumbaan di Litar Hungaroring tersebut banyak kesilapan dibuat pasukan Ferrari hingga menyebabkan kedua-dua pemandunya gagal berjuang untuk berada di podium.
Antara kesilapan yang dilakukan Ferrari ialah hentian pit yang diambil Leclerc lebih daripada tujuh saat dan lebih memeritkan, pelumba itu turut dikenakan penalti lima saat selepas dikesan terlalu laju di hentian pit.
Pada perlumbaan tersebut, Leclerc yang memulakan perlumbaan dari petak keenam perlumbaan akhirnya sekadar menamatkan perlumbaan tempat ketujuh, manakala rakan sepasukannya, Sainz menduduki tempat kelapan.
“Apa yang boleh saya rumuskan keputusan kami agak teruk dan perlumbaan yang rumit dengan Leclerc kehilangan banyak masa semasa hentian pit. Kemudian dia dikenakan penalti lima saat kerana memandu laju di laluan ke pit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan “Kakistocracy” alasan untuk Mahathir tumbangkan Kerjaan Perpaduan
- Hebat mana pun , PAS pancing satu kolam bersama Lima parti Melayu lain. DAp tiada saingan dikolam lain.
- Saravanan Akan Di Panggil SPRM
“Dengan Sainz pula kami mengambil risiko untuk memulakannya dengan tayar lembut dan itu adalah langkah yang baik pada peringkat awal kerana dia berjaya meraih keputusan terbaik, tetapi selepas itu kami tahu ia akan menjadi agak sukar,” kata Vasseur.
Dalam pada itu, Vasseur enggan pasukannya terus meratapi kekecewaan tersebut dan menumpukan perhatian menjelang perlumbaan seterusnya di Grand Prix (GP) Belgium yang berlangsung pada hujung minggu ini. – AGENSI
Vasseur kecewa prestasi Ferrari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM
- Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan
- Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun