Tips Bahagia Cara Amy Search

Ini Yang Dilakukannya Sepanjang 20 Tahun Berkahwin!

Tips Bahagia Cara Amy Search

Tips Bahagia Cara Amy Search
Tips Bahagia Cara Amy Search

Sebut sahaja Amy Search, pasti ramai yang boleh dengar tagline “Peeewiiit” miliknya yang popular.

Psst… Dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan dengan kamu tips rumah tangga yang bahagia daripada penyanyi rock terkenal di Malaysia iaitu Datuk Amy Search.

Sekadar info untuk kamu, Datuk Amy Search atau mesra disapa Amy Search telah berkahwin dengan pasangannya Norhasniza Hassan (Datin Nourish) selama 20 tahun. Hasil perkahwinannya, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.



Amy Search Kongsi Tips Rumah Tangga Yang Bahagia

Memandangkan usia perkahwinannya memasuki 20 tahun, Miss Murai tertanya-tanya bagaimana Amy Search mengekalkan kebahagian rumah tangganya sepanjang tempoh ini. Kalau kamu nak tahu, ini jawapannya…

1. Jangan pernah cerewet 

Kongsi Amy Search, suami isteri tidak boleh mencapai persefahaman yang baik dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama. Dalam tempoh tersebut, setiap pasangan tak boleh menjadi cerewet antara satu sama lain. Malah tanamkan rasa bersyukur dan sabar dalam diri.

2. Cuba bertenang jika berlakunya perselisihan faham 

Setiap pasangan tak terlepas daripada menghadapi perselisihan faham dalam hubungannya. Bagi Amy Search, salah seorang perlu berdiam diri dan cuba untuk bertenang. Sekiranya kedua-dua pihak tidak berdiam diri dan teruskan untuk bergaduh, ia akan menjadi berpanjangan hingga memberikan kesan buruk pada hubungan.

3. Jangan bandingkan kebahagian sendiri dengan orang lain 

 



Amy Search mendedahkan yang setiap pasangan ada cara bahagianya tersendiri. Jangan sesekali membandingkan kebahagiaan kamu dengan pasangan yang lain. Jika perkara ini terjadi, kamu akan berasa tidak puas dengan apa yang pasangan lakukan.

Tips Bahagia Cara Amy Search


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading