Hummer gergasi Sheikh Hamad kembali tular

Hummer gergasi Sheikh Hamad kembali tular

Hummer gergasi Sheikh Hamad kembali tular
PERBEZAAN saiz antara Hummer gergasi itu dengan SUV Hummer yang biasa di pasaran. FOTO Agensi

Abu Dhabi: Tular kembali di Twitter, Hummer gergasi yang dikatakan tiga kali lebih besar daripada kenderaan utiliti sukan (SUV) biasa.

Klip lama itu menunjukkan beberapa individu membantu pemandu kenderaan gergasi itu memasuki SUV berkenaan.

Video sama menunjukkan kenderaan polis berada berhampiran Hummer itu dan siren dibunyikan.



Pengguna yang berkongsi klip video itu berkata Hummer H1 ‘X3’ milik Sheikh Hamad Hamdan al Nahyan, ahli keluarga diraja yang memerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi laporan South China Morning Post (SCMP) pada November tahun lalu, kereta itu adalah sebahagian daripada koleksi Sheikh Hamad.

Sheikh Hamad obses dengan kereta dan sudah menghabiskan seumur hidup mengumpulkan ratusan ciptaan automotif yang jarang dan unik, termasuk beberapa daripadanya yang memiliki rekod dunia.

Video itu mengumpul lebih daripada 19 juta tontonan dan lebih 58,000 tanda suka.



Pengguna terpegun dengan saiz kereta, menerima pelbagai reaksi dan komen.

“Mereka kena tutup jalan bila nak pandu? Berguna,” komen seorang pengguna.

“Di mana saya boleh mendapatkannya?”ciap seorang lagi.

“Ia Humzilla,” komen pengguna ketiga.



Menurut laporan SCMP, Sheikh itu mempunyai nilai bersih (net worth) peribadi lebih daripada AS$20 bilion (kira-kira RM91.7 juta).

Lelaki berusia 74 tahun itu dan koleksi keretanya sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Hummer gergasi Sheikh Hamad kembali tular


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading