Perluas operasi

Perluas operasi

Perluas operasi
MR DIY mencatatkan untung bersih RM150.32 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023, meningkat daripada RM135.19 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

MR DIY dijangka mengembangkan operasi ke kawasan lebih pedalaman dan menyesuaikan format kedai sewajarnya bagi memenuhi permintaan pengguna.

RHB Investment Bank dalam nota penyelidikan berkata, pengembangan kedai akan menjadi faktor pemacu utama kepada pertumbuhan Kumpulan.

“MR DIY akan terus menerokai peluang yang ada dengan memperluas capaian operasinya ke kawasan lebih pedalaman dan menyesuaikan format kedai bagi memenuhi permintaan pengguna,” katanya.



Menurutnya, walaupun prestasi suku ketiga lazimnya lebih rendah disebabkan kurangnya musim perayaan, kesan asas ini dipercayai akan menjadi lebih menguntungkan buat MR DIY pada suku ketiga tahun ini.

“Hal ini bertepatan dengan perbelanjaan yang semakin normal pada suku ketiga tahun lalu dan asas kos yang lebih setanding, berikutan pelaksanaan gaji minimum baharu pada Mei tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?



MR DIY mencatatkan untung bersih sebanyak RM150.32 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023, meningkat daripada RM135.19 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Perolehan meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.

Menurut MR DIY, Kumpulan membuka 43 kedai baharu pada suku tahun berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kepada 1,168 pada separuh pertama tahun kewangan 2023, meningkat 17.6 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh sama pada tahun kewangan 2022.



Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif, Adrian Ong berkata, pertumbuhan stabil pada suku kedua tahun kewangan 2023 memberi petunjuk kukuh bahawa nilai untuk wang MR DIY adalah relevan dan selaras dengan pembeli yang mementingkan nilai hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid


“Kami juga gembira dengan kemajuan ketara dalam margin keuntungan kami yang pulih walaupun menghadapi cabaran operasi semasa, merupakan petunjuk yang meyakinkan mengenai kekuatan dan daya tahan perniagaan,” katanya.



Katanya, kumpulan berada di landasan yang baik untuk membuka sekurang-kurangnya 180 kedai baharu, menjadikan jumlah rangkaian kedai kepada lebih 1,200 kedai di seluruh negara.

Perluas operasi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button