Harapan United tamatkan kejuaraan

Harapan United tamatkan kejuaraan

Harapan United tamatkan kejuaraan
PARA pemain United giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Wolves pada perlawanan pembukaan EPL di Stadium Old Trafford awal pagi esok.

LONDON – Manchester ­United akan memulakan musim mereka di laman sendiri dengan menentang Wolves awal pagi nanti dengan harapan baharu untuk menamatkan penantian 10 tahun bagi memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun ketidaktentuan berlarutan mengenai masa depan kelab tersebut.

Sembilan bulan selepas pengumuman oleh pemilik Keluarga Glazer bahawa mereka sedang mengintai peluang untuk menjual kelab gergasi EPL tersebut, namun cubaan tersebut terhenti selepas beberapa proses bidaan menemui jalan buntu.

Sebelum ini, jurubank Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe berminat untuk membeli The Red Devils.

Bagaimanapun, Ratcliffe menegaskan, beliau tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal untuk menguasai Manchester United.

Harapan penyokong untuk melihat pemilik baharu boleh dikatakan sudah dimuktamadkan sebelum bermulanya sepak mula EPL berlangsung.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?


Biarpun berada dalam ketidaktentuan, pengurus Uni­ted, Erik ten Hag sekali lagi mendapat sokongan padu terutama dalam keputusan perpindahan pemain apabila membelanjakan hampir £200 juta (RM1.16 bilion) untuk mendapatkan penjaga gol, Andre Onana; pemain tengah, Mason Mount serta penyerang, Rasmus Hojlund.

“Kami sudah memilih penye­rang dan kami sangat gembira dengan pilihan kami. Terdapat strategi dalam setiap keputusan dan kami gembira dengan skuad yang kami ada sekarang,” kata Ten Hag.



Menjelang pertembungan pertama dengan Wolves, Hojlund akan terlepas untuk beraksi selama beberapa minggu kerana kecederaan belakang.

Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov me­negaskan, Ten Hag perlu tampil lebih serius terutama untuk menamatkan aksi dominan pasukan Manchester City.

“Ten Hag kini mempunyai pemain yang beliau mahukan. Beliau kini sudah bersedia sepenuhnya dan pasti peminat menjangkakan keputusan lebih baik. Ini jelas bahawa United perlu menjadi pencabar kejuaraan. Mereka perlu melakukannya musim ini.

“Sama ada mereka akan menjadi juara adalah persoalan lain tetapi yang pasti, mereka perlu meletakkan sasaran untuk mencabar Manchester City untuk kejuaraan. Jika tidak, pa­sukan lain juga berjuang untuk berada di sana,” kata Berbatov. – AGENSI



Harapan United tamatkan kejuaraan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading