Indonesia sangkal Jakarta bandar paling tercemar di dunia

Indonesia sangkal Jakarta bandar paling tercemar di dunia

Indonesia sangkal Jakarta bandar paling tercemar di dunia
FOTO fail menunjukkan suasana berkabus di Jakarta pada 16 Ogos lalu. FOTO AFP

Jakarta: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia (KLHK) menafikan laporan bahawa Jakarta mempunyai pencemaran udara paling teruk di dunia.

Portal Tempo.co melaporkan, Ketua Pengarah Kawalan Pencemaran dan Kerosakan Alam Sekitar KLHK, Sigit Reliantoro, berhujah bahawa perbandingan data diperlukan untuk menilai indeks kualiti udara di ibu negara Indonesia itu.

“Mendakwa Jakarta sebagai bandar paling kotor dan tercemar di dunia perlu diperbetulkan. Kami belum melihat sumber maklumat lain,” kata Sigit dalam sidang media di Pejabat Kementerian KLHK di Jakarta Pusat, baru-baru ini.



Beliau merujuk kepada laman web kualiti udara aqcin.org yang melaporkan tahap pencemaran Jakarta pada penilaian 160.

Angka itu lebih rendah daripada Yangon di Myanmar (211), Copenhagen di Denmark (500) dan Alaska (200).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan




Berdasarkan data kementerian dari 2018 hingga 2023, beliau berkata, Jakarta mempunyai kualiti udara yang baik semasa tempoh pandemik dan prapandemik.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan berlaku peningkatan pencemaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ini kerana pengukuran kualiti udara di kawasan bandar Indonesia khususnya Jakarta, dilakukan di antara bangunan tinggi yang tiada peredaran angin.

“Ini menyebabkan pencemaran berganda,” kata Sigit.



Ia ditambah kepada kenderaan bermotor, menyebabkan pencemaran kekal, dan kepekatan melonjak bahkan 10 kali ganda daripada keadaan sedia ada, yang dinamakan fenomena ‘ngarai jalanan’.

Sigit berkata, fenomena itu turut berlaku di bandar besar lain seperti Bandung.

“Oleh kerana bentuk lembahnya, pencemaran udara terperangkap dan hanya boleh dilenyapkan oleh hujan atau angin,” katanya.

Setakat 6.14 pagi, pada Ahad (13 Ogos) laman web IQAir merekodkan kualiti udara Jakarta sebagai yang paling teruk di dunia dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) 170 atau dalam kategori tidak sihat.



Kepekatan Bahan Zarah atau Particulate Matter (PM) 2.5 adalah 93.2 mikrogram setiap meter padu atau 18.6 kali lebih tinggi daripada nilai garis panduan kualiti udara tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bandar lain yang paling tercemar di dunia selepas Jakarta ialah Dubai, Emiriah Arab Bersatu (AQI: 157), Johannesburg, Afrika Selatan (AQI:156), Hanoi, Vietnam (AQI: 151), dan Doha, Qatar (AQI: 140).

Indonesia sangkal Jakarta bandar paling tercemar di dunia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button