Tak feminin, atlet ini dituduh lelaki

Tak feminin, atlet ini dituduh lelaki

Tak feminin, atlet ini dituduh lelaki
LIAO Mengxue (kiri) dan Tong Zenghuan. FOTO Agensi

Beijing: Penyingkiran dua pelari trek wanita China daripada ranking dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menghidupkan semula perdebatan mengenai jantina mereka berikutan tuduhan sebelum ini bahawa mereka sebenarnya lelaki.

Oddity Central melaporkan atlet terkenal itu Liao Mengxue dan Tong Zenghuan sebelum ini menjadi tajuk utama berita antarabangsa semasa Kejohanan Olahraga Kebangsaan 2019, apabila mereka memenangi perlumbaan 4×400 meter berganti-ganti sebagai sebahagian daripada pasukan yang mewakili Wilayah Hunan.

Bagaimanapun, orang ramai tidak menumpukan pada kehebatan olahraga mereka, sebaliknya pada penampilan kedua-dua atlet itu.



Orang ramai tidak fikir Liao dan Tong kelihatan cukup feminin dan menuduh mereka sebagai lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk mendapat kelebihan yang tidak adil dalam pertandingan olahraga wanita.

Ada yang mendakwa mereka mempunyai halkum dan banyak bulu berbanding seorang wanita, tetapi kontroversi itu akhirnya lenyap begitu sahaja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha pecahbelahkan Umno sebelum Najib dibebaskan




“Dahi yang menonjol, tanda-tanda mempunyai buah halkum dan bonjolan di kelangkang. Saya akan katakan lelaki,” pandangan seorang pengguna Weibo mengulas penampilan maskulin Liao dan Tong pada 2019.

“Ia adalah kesan sampingan pengambilan dadah. Tahap hormon mereka akan berubah dengan ketara,” tulis orang lain, membayangkan bahawa kedua-dua wanita itu menyalahgunakan ubat-ubatan yang meningkatkan prestasi seperti steroid anabolik untuk meningkatkan tahap testosteron mereka.

Pada awal kontroversi sebelum ini, Persatuan Olahraga Cina segera mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa kedua-dua atlet itu sememangnya wanita.

Selepas bertanding di Kejohanan Dunia Doha 2019, Liao dan Tong dilaporkan hanya mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan tempatan lain, yang didapati ramai sebagai mencurigakan.



Pada Jun lalu, Persatuan Olahraga Cina memaklumkan pusat olahraga semua pasukan wilayah dan perbandaran supaya menjalankan ujian testosteron darah yang ketat ke atas atlet wanita.

Alet wanita yang melebihi tahap tertentu tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tak feminin, atlet ini dituduh lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Biarkan UMNO Menerima Nasib Yang Sama Seperti Saddam Hussein



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button