Mabuk, curi kenderaan antara dikesan dalam operasi pematuhan peraturan lalu lintas

Mabuk, curi kenderaan antara dikesan dalam operasi pematuhan peraturan lalu lintas

Mabuk, curi kenderaan antara dikesan dalam operasi pematuhan peraturan lalu lintas
Op Pematuhan Peraturan Lalulintas dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan di semua daerah. – Foto ihsan Polis

SEREMBAN: Sebanyak 1,920 saman dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan mabuk sejak 3 Ogos hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata kesalahan itu dikesan sepanjang Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas (OPPL) yang dijalankan di seluruh negeri ini.

“Sejak 3 Ogos hingga 20 Ogos lalu, JSPT Negeri Sembilan menjalankan OPPL di semua daerah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas semua pengguna jalan raya dalam usaha memberi kesedaran terhadap pematuhan peraturan jalan raya.



“Dalam tempoh operasi dijalankan, sebanyak 1,920 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan membabitkan halangan lalu lintas (846), nombor pendaftaran (312), lampu isyarat (76) dan lain-lain kesalahan,” katanya, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, hasil operasi itu, pihaknya turut menyita sebuah motosikal dan menahan tujuh individu.

Mabuk, curi kenderaan antara dikesan dalam operasi pematuhan peraturan lalu lintas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button