Bukit Aman siasat pemilik Facebook keluarkan kenyataan jelik terhadap PM

Bukit Aman siasat pemilik Facebook keluarkan kenyataan jelik terhadap PM

Bukit Aman siasat pemilik Facebook keluarkan kenyataan jelik terhadap PM
Bukit Aman siasat pemilik Facebook keluarkan kenyataan jelik terhadap PM

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Arun Dorasamy berhubung kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan dijalankan ke atas D Arumugam berhubung hantaran video mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook pada 18 Ogos lalu.



“Lelaki itu sudah dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman pada 21 Ogos (kelmarin) bagi rakaman percakapan dan membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN




Mohd Shuhaily menegaskan kes masih di peringkat siasatan, justeru orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah hingga boleh mengganggu proses siasatan atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Terdahulu, BH melaporkan seorang aktivis yang mempersoalkan tindakan Anwar mengislamkan seorang saudara baharu, baru-baru ini dipanggil polis untuk dirakam keterangan.

Aktivis berkenaan dipercayai mengeluarkan kritikan terhadap Anwar selepas tular rakaman video Anwar mengislamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

Rakaman video berdurasi 1 minit 26 saat itu tular di laman media sosial sejak Jumaat lalu.



Dalam video berkenaan Anwar dilihat mahu meninggalkan masjid berkenaan selepas solat Jumaat di situ tetapi dijemput untuk menyempurnakan majlis itu menyebabkan beliau duduk kembali.

Anwar menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan selepas menziarahi waris mangsa nahas pesawat di Elmina di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Bukit Aman siasat pemilik Facebook keluarkan kenyataan jelik terhadap PM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading