Ramai tergoda lihat tukang sapu jelita [VIDEO]
Kini miliki lebih 300,000 pengikut TikTok
Ramai tergoda lihat tukang sapu jelita

Thocharoen meraih populariti luar biasa selepas video tentang dirinya tular di TikTok.
Meskipun bekerja di jalanan, wanita itu tetap tampil dengan solekan wajah serta kuku yang cantik.
“Orang ramai mengecam saya kerana bersolek dalam profesion saya, tetapi mengapa saya tidak boleh kelihatan cantik semasa melakukan kerja keras?
“Ia untuk kepuasan saya sendiri,” katanya ibu kepada dua cahaya mata itu.
Menurut Thocharoen, populariti yang diraih turut memberi manfaat dari segi kewangan buatnya yang tinggal serumah bersama 10 ahli keluarga lain.
Dia kini menjana pendapatan dengan membuat reviu barang serta kolaborasi bersama pelbagai jenama perniagaan.
“Sekarang saya lebih stabil dari segi kewangan. Saya boleh berbelanja lebih untuk perkara kecil seperti memilih penghantaran ekspres semasa membeli-belah dalam talian atau menjamu selera dengan keluarga saya,” ujarnya.
Bapa Thocharoen adalah seorang pemandu lori sampah, manakala ibunya juga merupakan seorang tukang sapu jalanan. – News.Yahoo.
https://www.tiktok.com/@mothershipsg/video/7269758686589963522
Ramai tergoda lihat tukang sapu jelita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :